THIS IS AWESOME

Ramadan CD: 30 Duas for 30 Days by Human Appeal Int

MISKONSEPSI

 Dengan Nama ALLAH yang Maha Penyang lagi Maha Pemurah

Setelah menjawab soalan di sini dan mengetahui jawapannya di sini tentu anda tertanya-tanya apakah ia sebenarnya . keadaan ini disebut miskonsepsi dalam sains . Miskonsepsi adalah  kefahaman / tanggapan / kepercayaan yang berbeza daripada kefahaman sains yang diterima pakai pada satu-satu masa ( yang membawa maksud satu kesalahan). tetapi harus diingat bukan semua idea atau kefahaman yang salah merupakan miskonsepsi. Terdapat beberapa ciri miskonsepsi :-


  1. Dipegang dengan kukuh dan ia sukar dibetulkan.
  2. Kebiasaannya terhasil daripada pengalaman harian.
  3. Menunjukkan kurang kefahaman berbanding kurang pengetahuan kerana faham dan tahu itu dua perkara yang amat berbeza seperti percaya dan yakin.
Miskonsepsi adalah lebih daripada satu kesilapan kecil kerana kesilapan kecil merupakan kesalahan luaran yang biasanya lebih mudah untuk diperbetulkan. Kesilapan kecil terhasil daripada kurangnya daya ingatan, kepenatan mental atau kurangnya pengetahuan. Contoh miskonsepsi tabii sains dan saintis:-


  1. mempercayai bahawa teori saintifik tidak boleh dipertikai dan sentiasa benar, walhal pengetahuan sains adalah terbuka kerana sesuatu teori tu masih boleh dikaji dan diperbetulkan serta boleh mewujudkan penambaikan.
  2. mempercayai bahawa pengetahuan saintifik dijana melalui eksperimen dan pengumpulan data sahaja, sebaliknya banyak idea merupakan penerangan kreatif sesuatu fenomena.
  3. mempercayai bahawa saintis membuat keputusan bersendirian sahaja tetapi kebanyakan keputusan yang diambil melibatkan faktor etika, sosial, ekonomi dan sebagainya.


note: video ini boleh menarik minat pelajar untuk belajar fizik kerana ia melibatkan penggunaan animasi, oleh itu pengajaran guru dilihat lain dari yang lain dan juga tidak membosankan dengan tidak menumpukan kepada papan putih dan kapur sahaja.

Pada halwa telinga moga ia meresap ke hati...

untuk hari-hari yang menyukarkan....untuk jiwa-jiwa yang gelisah..untuk sebuah kehidupan yang terasa sungguh sempit...untuk sebuah salah faham yang menyesakkan...untuk sekeping hati yang kotor....untuk kematian yang semakin hampir..untuk persediaan yang sungguh kurang...dan untuk sebuah pengharapan yang tiada kesudahan..yakinlah ALLAH sentiasa ada.......Ya ALLAH dengan asma'Mu bantulah kami di dunia dan akhirat....listen this...it's calming.....




Buat Hati

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Mencintai ALLAH, bermakrifat kepada-Nya, selalu berzikir kepada-Nya, mencari ketenangan dengan-Nya, menenangkan hati di sisi-Nya, takut, berharap dan bertawakal hanya kepada- Nya dengan keyakinan bahawa Dialah yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba, adalah syurga dunia dan nikmat yang tidak boleh disamakan dengan nikmat lain. Itulalah kesenangan hidup bagi mereka yang mencintai ALLAH



Wahai orang yang matanya selalu digenangi air mata, hentikan aliran  air mata itu dan berikan ketenangan kepada kedua bola matamu itu. Tenanglah kerana anda berhak mendapat perlindungan dari YANG MAHA MENCIPTA dan pemeliharaan dari kebijaksanaan-Nya. Tenanglah qadha sudah selesai, kebijaksanaan sudah dirumuskan, rintangan sudah boleh dihilangkan, otot-otot kekuatan sudah kembali segar dan pahala sudah ditetapkan bagi yang terus BERUSAHA.............

SEMUA SALAH

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Boleh teka apa jawapannya?
kerana tajuk jawapan untuk entri ni semua salah jadi jawapan untuk soalan yang telah saya postkan semuanya salah.... bagaimana dengan jawapan anda?????????? jika jawapan anda semuanya betul TAHNIAH......(maksudnya anda telah menjawab salah untuk soalan tersebut)

nak tahu kenapa semuanya salah??????????


  1. Kita sentiasa merasakan bahawa haba itu bersifat panas sahaja. tetapi haba adalah tenaga yang dipindahkan sama ada dalam keadaan panas atau sejuk. Haba sama sekali tidak boleh dikandung oleh sesuatu objek kerana haba mempunyai tenaga kinetik iaitu yang bersifat berpindah. Bagaimana ia berpindah? contoh, apabila kita memanaskan hadapan satu rod besi kita akan turut merasa panas pada bahagian yang kta pegang...kenapa??????????? kerana telah berlaku perpindahan haba.....apa yang membuat haba berpindah????? Molekul (molekul tidak berpindah) yang menyebabkan haba berpindah  tetapi  melalui pelanggaran antara zarah-zarah lain. 
  2. Objek jatuh bebas hanya mempunyai daya graviti sahaja, oleh itu ia akan jatuh pada kadar masa yang sama walaupun mempunyai berat yang berbeza.
  3. Secara logiknya adakah hanya objek yang ringan sahaja yang terapung????????? jadi bagaimana dengan kapal-kapal yang berlayar di lautan yang bersaiz besar boleh terapung juga? adakah kapal tersebut ringan? batu yang bersaiz kecil juga boleh tenggelam. bagaimana hal ini boleh dijelaskan? tenggelanm atau terapung sesuatu objek adalah bergantung kepada ketumpatan objek tersebut. walaupun objek tersebut ringan atau berat ia masih boleh tenggelam atau terapung.
  4. Penerang untuk soalan 4 sama dengan soalan 3.
  5. Objek tersebut tidak akan terus bergerak ke atas tetapi akan jatuh ke bawah kerana tarikan graviti. tiada daya yang bertindak semasa objek naik ke atas tetapi ia berlaku kerana kecenderungan objek untuk bergerak dengan kadar yang sangat cepat. Daya graviti adalah tarikan dua objek yang berjisim. dalam situasi ini dua objek yang berjisim adalah objek dan bumi. tarikan bumi adalah lebih besar berbanding dengan objek-objek lain seperti udara dan alatan-latan lain yang tarikannya sangat kecil. Hal ini menyebabkan objek jatuh ke bawah kerana tarikan dengan bumi. Sebenarnya kita sedang terendam dalam udara, tetapi kenapa kita tidak terapung? kerana daya bersih lebih besar dari daya apungan.
"bukankah ALLAH itu hebat dengan menciptakan sesuatu sesuai dengan tempatnya"
"siapakah kita untuk tidak menurut perintah ALLAH?"



ANTARA BETUL DAN SALAH

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Mha Penyayang

Sebelum anda scroll down cuba jawab soalan ini. Ujilah pengetahuan anda************tentu ia amat menyeronokkan untuk mengetahui apakah selama ini kita mengalami salah tanggapan tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kita....kita mengetahuinya tanpa memahami konsep yang sebenar. Oleh itu, cubalah dan anda pasti akan tersenyum.......


  1. Hotter objects contain more heat than colder object?
  2. Heavier objects always fall faster than lighter objects?
  3. light objects float while heavy objects sink?
  4. Objects float because there's air in them?
  5. An object that is thrown upwards continue to move upward?
curious????????????

***jawapan ada di entri yang bertajuk semua salah**********

"orang yang tidak pernah gagal adalah orang yang tidak pernah mahu mencuba"

PEMBELAJARAN KOPERATIF

Dengan Nama ALLAH yang MAha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Pembelajaran koperatif adalah pembelajaran kumpulan yang mana dibahagikan secara heteregenous iaitu pelajar mempunyai kemampuan yang berbeza. prinsip yang terdapat dalam pembelajaran koperatif ialah:-

  1. saling bergantungan secara positif (positive interdependence)
    • ia merangkumi sifat berdikari iaitu berdikari menyelesaikan satu masalah yang dipertanggunjawabkan  juga saling bergantungan untuk menyelesaikan semua masalah.
    • walaupun seseorang berdikari, tetapi kecemerlangan di capai melalui usaha bersama.
  2. individual accountability 
    • walaupun pelejar bekerjasama dalam kumpulan, tetapi mereka bertanggungjawab atas pencapaian diri sendiri keran ia juga bersifat penilaian individu.
  3. interaksi kumpulan (group interaction)
    • pelajar berkongsi maklumat dan pandangan
    • pelajar berbincan input yang diperoleh
    • pelajar yang pakar mengenai tajuknya bertanggungjawab mengajar pelajar lain
  4. kemahiran sosial (social skills)
    • sifat kepimpinan
    • kemahiran membuat keputusan
    • membina kepercayaan
    • membina komunikasi berkesan
    • menyelesaikan konflik



TEKNIK DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF

  1. TEKNIK JIGSAW
    • guru membahagikan kumpulan berdasarkan nombor yang ditetapkan dalam kumpulan ASAL setelah itu pelajar berpindah ke kumpulan PAKAR mengikut nombor yang telah ditetapkan
  2. STAD-student teams achivement divisions
    • guru mengajar 
    • guru membahagikan kumpulan secara heteregenous
    • guru membuat kuiz secara individu
    • skor pengembangan murid dicampur untuk satu kumpulan.
    • pengharggaan diberikan untuk kumpulan yang memperoleh skor yang tertinggi.
  3. GROUP INVESTIGATION
    • penyiasatan melalui masalah yang diberikan
    • interaction (memberikan  idea, berbincang)
    • interpretation (berbincang dengan lebih spesifik)
    • motivasi dalaman (penghayatan diri, kebolehfahaman dan tanggungjawab)
  4. TGT- TEAM GAMES TOURNAMENT
    • guru mengajar
    • kumpulan dibahagi secara heterogenous tetapi mengikut aras kepandaian
    • soalan dibahagi mengikut aras kemampuan kumpulan yang dibahagi
    • jika aras pengetahuan tersebut tinggi soalan yang diajukan juga mencabar.
    • setelah itu berlansungnya pertandingan
    • setelah selesai semua ahli mengikut aras kepandaian balik ke kumpulan asal yang mempunyai darjah kepandaian berbeza dan markah dihitung secara bersama.
  5. TAI-TEAMS ACCELERATED INSTRUCTION
    • kuiz secara individu 
    • bahagikan kumpulan dengan kemampuan berbeza, jantina berbeza
    • pelajar berbincang jawapan dan meminta pandangan, oleh itu pelajar yang kurang secara tidak langsung turut mendapat input.
    • setelah itu guru membuat kuiz untuk mengetahui adakah kefahaman pelajar meningkat.
    • memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat markah yang memuaskan.
Judging a person does not define who they are.........it defines WHO U R?

PROBLEM BASED LEARNING (PBL)


Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) adalah satu strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar di mana pelajar bersama-sama menyelesaikan masalah.  Dalam kelas PBL pelajar akan didedahkan dengan masalah yang realistik melalui satu objektik dan malamat yang rigid.  Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menyelasaikan masalah disamping tunjuk ajar daripada guru. Sepanjang proses tersebut pelajar mempelajari kemahiran berkumpulan, teknik menyelesaikan masalah, teknik menyiasat dan mula berfikir seperti pakar dalam bidang tertentu. Cara pembelajaran ini tidak bergantung kepada guru, kerja sekolah atau latihan untuk membuatkan pelajar memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah, tetapi guru guru membantu pelajar apabila pelajar memerlukan bantuan. Dalam kata lain guru hanya sebagai fasilitator kepada pelajar berbeza dengan peranan guru dalam kelas tradisional di mana guru adalah mengajar sepenuhnya. Melalui proses ini pelajar akan lebih teransang untuk menyelesaikan masalah kerana tanggungjawab mereka kepada kumpulan yang disertai melalui sokongan daripada guru itu sendiri.

  • memberi masalah : masalah boleh diberi dengan pelbagi cara seperti melalui teks atau aktiviti provokasi untuk menarik minat pelajar.
  • perbincangan kumpulan : pelajar membaca teks dalam kumpulan mereka dan memulakan perbincangan. mereka mengenalpasti pengetahuan sedia ada mereka yang boleh membantu mereka menyelsaikan masalah. mereka perlu mengelpasti apa yang mereka perlu belajar untuk menyelesaikan masalah yang telah diberikan.
  • peranan pelajar : ahli kumpulan membahagikan tugas untuk melicinkan proses perbincanagn. antara peranan pelajar termasuklah penjaga masa, pencatat, instruktor, menjawab soalan dan memutuskan keputusanyang tepat dari perbincangan.
  • menyelesaikan masalah : pelajar bekerjasama menyudahkan tugasan dan menjawab soalan. pada fasa ini pelajar boleh menghantar atau membentangkan produk yang telah siap untuk dihantar kepada guru atau dibentangkan hasil pencarian mereka kepada kelas. 
guru boleh menggunakan jadual FILA untuk pelajar menyelesaikan masalah mereka. Melalui kaedah ini pelajar boleh menyelesaikan masalah dengan lebih tersusun dan boleh mencari penyelesaian yang tepat dengan maslah yang ingin diselesaika.

JADUAL FILA


we cant't  solve problem by using the same kind of thinking
we used when we created   them
-albert eistein-

Asalkan Hatinya Baik? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Asalkan Hatinya Baik? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

berdoalah kerana kita hamba.

doa untuk ibu bapa:-





Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


"orang yang malas berdoa, adalah orang yang sombong"

kemahiran mikropengajaran




Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi MAha Penyayang.....


Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang diintegrasi dan
dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan.
Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada beberapa kemahiran yang lebih asas yang dipanggil kemahiran mikropengajaran.

Untuk memulakan pengajaran guru perlu menarik perhatian pelajar dengan menunjukkan interaksi yang baik agar boleh menimbulkan motivasi pelajar. guru boleh memulakan pengajaran dengan bercerita untuk menimbulkan motivasi pelajar. di permulaan pelajar guru perlu menstruktur p&p dengan mencungkil idea melalui soal jawab, perbincangan,demostrasi, peristiwa bercanggah, penggunaan kartun dan peta konsep

*****kartun konsep***** adalah gambaran visual yang menunjukkan peristiwa bercanggah dalam kehidupan seharia.*******guru boleh mrngosongkan dialog kartun dan menyuruh pelajar mengisinya untuk mengetahui idea pelajar.
*****peta konsep***** adalah gambaran visual yang mengaitkan sesuatu konsep.****anak panah menunjukkan perkaitan dan ia memerlukan pengetahuan yang mendalam untuk membuat peta konsep.

Dalam slot menyoal, guru perlu megajukan soalan mengikut kebolehan pelajar tanpa ada unsur retorik. dalam tempoh menyoal perlu ada wait time untuk mendapat respon pelajar bergantung kepada aras soalan yang diberikan guru. guru boleh memilih pelajar untuk menjawab secara sukarela atau guru memanggil nama pelajar. setelah itu guru perlu respon kepada jawapan pelajar dengan membuat prompting (bantu ingat) iaitu memberi klu atau galakan apabila pelajar telah memberi jawapan. guru jangan terlalu cepat menerima jawapan pelajar dengan mengatakan betul dan salah. tetapi guru perlu membiarkan mereka meneroka lebih jauh jawapan yang mereka berikan .

kemahiran menerang dimulai dengan ayat pembukaan yang menerangkan isi kandungan dengan menggunakan kata penghubung. Oleh itu pelajar akan mengikut arahan guru dengan tepat sekaligus dapat membina pengetahuan dan kefahaman mereka. Ayat penutup ynag sesuai boleh menggunakan soalan untuk mentafsir apa yang telah peljar ketahui.

Semasa proses memperkukuh penggunaan bahasa lisan seperti frasa positif atau kiu lisan seperti um, ahaaa memberi keyakinan kepada pelajar untuk lebih berusaha berinteraksi dalam bilik darjah. jika jawapan pelajar memuaskan guru boleh memberi ganjaran dengan membatalkan kerja rumah atau mengadakan pembelajaran di tempat lain. pelajar akan merasa lebih dihargai apabila jawapan mereka di tulis pada papan hitam dan di ulang semula dengan menyebut nama mereka.

untuk menutup pengajaran guru perlu mencipta perasaan seronok untuk belajar agar pelajar merasa apa yang mereka pelajar adalah sesuatu yang sangat istimewa dan sukar untuk dilupakan.

Tears are FoLLowed By a smiLE, 
Fear is replaced by comForT, 
And anxieTy is overThrown by peacE .Don'T be sad >>>
Verily, with hardship, there is relief (Qur’an-94:6)"

saya, media dan teknologi

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

jom menerokai pengajaran dan pembelajaran menggunakan media dan teknologi melalui PREZI.

model inkuiri

kelas tradisional.:.
  • Pembelajaran lebih berpusat kepada guru di mana guru menyampaikan maklumat sebanyak yang mungkin dan pelajar menerima dan menghafal dan menghafal.
  • Pelajar berusaha semaksimum mungkin untuk menguasai dan menghafal semua informasi yang guru berikan dan diperoleh daripada buku rujukan tanpa mengalaminya secara pratikal.
  • menghafal fakta dengan sebanyak mungkin adalah satu perkara yang paling dititikberatkan di kelas.
  • pembelajaran dibuat secara menyeluruh tanpa mengambil kira jenis kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar dan keupayaan pelajar untuk menerima pembelajaran.
  • informasi yang diterima pelajar terbatas, hanya diperoleh daripada guru dan buku-buku tanpa medium lain.
  • Pembelajaran teknologi maklumat dan komunikasi atau komputer semata-mata hanya untuk menjadikan pelajar menguasai tools-tools yang terdapat dalam setiap program komputer . Senarionya, pelajar hanya diajar menggunakan komputer tanpa diaplikasikan dalam pembelajaran lain. usaha untuk menjadikan komputer sebagai 'alat' dalam pengajaran kurang.
  • Guru menilai kefahaman pelajar hanya melalui satu kaedah iaitu bertanya soalan.
kelas yang menggunakan sistem inkuiri.

  • Jika guru menggunakan inkuiri induktif yang mana daripada sesuatu yang khusus kepada keadaan umum guru perlu memulakan pembelajaran dengan satu soalan utama tanpa menyatakan hubungkait soalan tersebut dan melalui penyiasatan pelajar akan membuat satu kesimpulan sendiri.
  • inkuari deduktif dimualai dengan satu soalan yang guru telah menyatakan persoalannya dan penyiasatan pelajar membuktikan persoalan tersebut.
  • dalam kes ini guru hanya menjadi fasilitator dan memandu pelajar untuk memahami maklumat yang pelajar ingin tahu dari pelbagai sumber.
  • pembelajaran dalam kelas banyak diwarnai denagn perbincangan sebagai kaedah untuk mencari kebenaran dan pengetahuan dari isu utama yang ditanya oleh guru.
  • pelajar diajar cara memproses informasi yang pelajar dapat.
  • pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme bermula dari apa yang pelajar tahu, apa yang pelajar ingin ketahui dan apa yang pelajar telah ketahui .
  • pelajar belajar dengan memecahkan masalah dengan menggunkan kaedah 'hands on approach'
  • pembelajaran dilakukan dengan sisitem berkumpulan dan teknologi digunkan untuk menghubungkaitkan pelajar dengan dunia luar.
  • pembelajaran teknologi informasi dan komunikasi diintegrasikan dengan subjek lain sebagi contoh, pelajar membuat brosur, poster, blog dan sebaginya.
  • banyak cara yang digunakan untuk menguji pengetahuan pelajar. aspek yang dinilai secara certmat antara lain ialah, pengetahuan, ketrampilan dan perilaku pelajar.
4 komponen utama pengajaran inkuiri adalah:-
  1. bertanya soalan
  2. menjalankan penyiasatan
  3. menjawab persoalan
  4. berkongsi keputusan kajia dengan oran lain.

    "cemerlang bukan destinasi, tapi perjalanan"

    Taksonomi Bloom

    Benjamin Bloom (1956) dalam  Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive
    Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari
    aras r
    endah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.                                                                                          
    aras taksonomi bloom.
     




      









    1. Pengetahuan
    Aras kognitif yang terendah yang melibatkan  proses mengingat kembali maklumat, fakta,
    definisi dan sebagainya.
    2. Pemahaman
    Aras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran. Pada aras ini pelajar
    menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.
    3. Aplikasi
    Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukm atau
    prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang
    pengetahuan dan maklumat itu, dan kemudian diaplikasikan dalam satu situasi baru.
    4. Analisis
    Aras kognitif yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke dalam
    komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka
    memahami hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan
    dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah
    5. Sintesis
    Aras kognitif yang menghendaki pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan
    mencantumkan unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang
    baru.
    6. Penilaian
    Aras kognitig yang menghendaki pelajar melakukan penilaian, diskriminasi, memberi rasional
    dan menyatakan pendapat dengan alasan-alasan tertentu.

    the world new energy....


    do we deserve it???
    i leave it to you to judge.....

    setelah selesai satu seminar..

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Alhamdulillah telah selesai satu perjuangan untuk menentukan masa depan negara dalam penggunaan teknologi nuklear. Walaupun tiada keputusan muktamad diambil, tetapi hasil pedebatan dan seminar yang dianjurkan tentu ada sesuatu yang dapat dimanfaatkan dalam membina Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.amin. ermmmm********************************************************************************refleksi disepanjang seminar...catatan dari hati************************************kerana sesuatu yang ditulis melalui hati akan sampai ke hati jua. Pengalaman adalah sesuatu yang tidak dibayar walau dengan segunung emas sekalipun. Pengalaman menjadi salah seorang penggerak "Seminar Malaysia dan Nuklear" untuk kursus Penaksiran membuka minda saya sedalam-dalamnya dalam bidang nuklear. Mari saya cerita serba sedikit sepanjang perjalanan proses untuk menjayakan seminar ini:-

    minggu pertama: 12/9/11-18/9/11

    Kelas pertama bagi kursus Penaksiran. Kami diberitahu untuk berdebat dan menjayakan sebuah seminar tentang nuklear. Saya sangat terkejut, tentu rakan-rakan lain berperasaan sama barangkali. Hari pertama dengan sebuah tugas yang besar tentunya bagi pengarah program yang dilantik, jua kami sebagi ajk bawahan. Bertitik tolak dari hari tersebut kami bertungkus lumus mencari, mengkaji, menganalisis maklumat mengenai nuklear untuk berdebat secara sihat dan penuh ilmiah. Kumpulan saya yang terdiri daripada fatin,ayu,nadia,yana, rina, pzah, mira membuat perbincangan demi perbincangan untuk mencari baik buruknya penggunaan nuklear. Hampir setiap malam kami berkumpul untuk mencari info, habis semua laman sesawang kami terjah, mencari dan terus mencari. Daripada seorang yang tidak menghiraukan isu ini,saya, tentunya rakan-rakan lain menjadi orang yang paling sedar tentang isu ini. Minggu pertama telah melewati kami dengan hari-hari yag semakin merapatkan kami dan penuh kesedaran tentang tenaga untuk kehidupan dan tentunya minggu yang penuh dengan kesibukan.  Kata-kata ini khas buat cikguphysickiut*******************
    "life is not MEASURED by the NUMBER of breaths we take but the MOMENTs that  take our breath away, we do not remember DAYS we remember the MOMENTS"

    minggu kedua:-19/9/11-25/9/11

    Berkumpul sambil makan kuih raya, tetapi berborak pasal nuklear. Hari-hari saya dipenuhi dengan isu nuklear, nuklear menjadi topik hangat perbualan kami sepanjang minggu ini. Bahang perdebatan sudah mula dirasai kerana tinggal satu minggu lagi untuk membuat persedia. Kumpulan saya telah memilih untuk berdebat dari sudut pandang orang awam yang menentang pembinaan tenaga nuklear.Kami membuat keputusan setelah berbincang,menganalisis, mengkaji, menumpul maklumat, mengambil iktibar dari kemalangan nuklear sebelum ini dan membuat keputusan utuh untuk berdiri di meja pembangkang. Walaupun penat dan stress tetapi kami tetap seronok melakukan kerja ini bersama. Dr.Nurul juga sentiasa mengingatkan kami agar bersedia untuk berdebat dan memilih ahli yang arif berdebat. Hidup saya waktu ini sememangnya berputar sekitar perkataan nuklear. Perjumpaan untuk ajk untuk seminar juga kerap diadakan bagi melancarkan program yang akan dijalankan. walaupun terdapat beberapa kekangan, tetapi ia dapat diatasi dengan baik hasil pengurusan yang baik.THUMBS UP buat semua pelajar AT12.*************hari ini kita belajar untuk mengurus satu seminar, esok kita mengajar untuk membentuk institusi jiwa.**************

    minggu ketiga:-26/9/11-2/10/11

    Bulan sembilan telah menghilangkan diri diganti dengan bulan sepuluh. Sebagai ajk tempat kami masih tidak dapat menempah tempat untuk mengadakan seminar memandangkan kertas kerja belum diluluskan. Hal ini kerana, prosedur untuk menempah tempat memerlukan kertas kerja. Alhamdulillah*******************
    akhirnya Dewan Seri Tanjung boleh digunakan namun setelah itu terdapat perubahan dan program perlu dijalankan di auditorium utama. Minggu ini kami melipat gandakan usaha kerana kami sudah tidak mempunyai masa kerana kami perlu membentangkan hasil kerja kami minggu hadapan.  Saya bertanggungjawab untuk membuat video bersama dengan ayu. Saya dan Nadia ditugaskan memjawab persoalan yang diutarakan kumpulan lain, hal ini bagi mengukuhkan lagi hujah kumpulan kami. Tugasan dibahagikan sama rata. borang soal selidik diedarkan dan hasil kajian dikumpul untuk menunjukkan data yang menyokong keputusan kami untuk membangkan pembinaan jana kuasa teknologi nuklear.Orang awam yang memberi kerjasama yang baik, kawan-kawan yang menyokong, orang disekeliling yang memahami terima kasih untuk semuanya. 

    minggu keempat:-3/10/11-4/10/11

    DEBAT
    Waktunya telah tiba pada 3/10/11 debat telah berlangsung antara pihak kerajaan dan pembangkang. Idea-idea,hujah- hujah yang diutarakan cukup menarik. Gamat kelas kami hasil dari sokongan dan tepukan tanda sokongan umtuk kerajaan dan pembangkang. Hujah yang diutarakan oleh kerajaan adalah tenaga nuklear mampu menjimatkan kos, kerana ia mampu menjana tenaga yang besar dengan kuantiti yang sedikit. Manakala pihak pembangkan lebih kepada kesan radiasi yang sememangnya tidak boleh dikawal manusia jika berlau kebocoran. Walauapapun pendebat-pendebat sangat hebat dalam melontarkan huja masing-masing.

    SEMINAR
    Setelah bertungkus lumus selama 3 minggu akhirnya kemuncak Project Based Learning terlaksana. Perkongsian ilmu daripada pihak agensi nuklear memberi kami satu persepsi berbeza memandangkan mereka adalah orang yang lebih arif dalam bidang ini. Walaupun sambutan yang kurang memberangsangkan tetapi banyak input yang kami perolehi daripada seminar ini. **************************************************di sebalik seminar ini selain dapat memperoleh ilmu mengenai tenaga nukelar, perkara yang amat penting adalah cara kami belajar untuk menganjurkannya, bersama mengatasi masalah dan ternyata membina hubungan yang lebih baik dengan semua pelajar AT12.**********TAHNIAH PELAJAR AT12******************************



    note:
    saya banyak menggunakan perkataan kami untuk refleksi ini kerana, saya berusaha bersama mereka kerana kami bersama dalam menjayakan seminar ini. Ia adalah usaha kami bersama.

    "life have no rehearsals, only perfomances"

    Lafazkan...

    Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Sebaik-baik zikir ialah 'La ilaha illallah' dan sebaik-baik doa ialah 'Alhamdulillah'. (H.R. Tirmidzi)

    ambillah hikmahnya....


    Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


    "Ucapan terima kasih yang keluar dari mulut orang yang mensyukuri kebaikanmu akan terdengar lebih merdu daripada kicauan burung dan desiran angin musim semi. Ia juga jauh lebih indah daripada gemerisik reranting pohon atau alunan suara para biduan."


    Kemahiran Saintifik.


    Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



    Cerita sebuah  kelas, di  pinggir bandar....

    Cikgu: pelajar-pelajar cuba lihat di luar jendela, apakah yang kamu lihat?
    Pelajar 1: langit yang luas warna biru cikgu
    Pelajar 2: burung terbang dengan formasi v.
    Pelajar 3: pokok yg daun-daunnya sudah kekuningan cg.
    Cikgu: terima kasih semua , ok kenapa langit berwarna biru? Burung  terbang dengan formasi v dan daun               pokok berwarna kekuningan?
    Pelajar 3: kerana pokok itu tidak cukup air .
    Cikgu: apa akan berlaku jika pokok itu tidak cukup air?
    Pelajar 2: ia akan mati.
    Cikgu: jadi apa yg harus kita lakukan?
    semua pelajar: siram air cg.....


    Fakta mengenai burung:
               
    Kepakan sayap burung di depan, memberi “daya dukung” bagi burung di belakangnya. Burung di belakang tidak perlu susah-payah menembus ‘air wall’ di depannya. Hasilnya, seluruh kawanan burung dapat menempuh jarak terbang 71 % lebih Jauh dari terbang bersendirian. 


    Cerita tersebut adalah pembelajaran yang menerapkan Kemahiran Saintifik iaitu kemahiran untuk menjalankan sains. Terdapat dua kategori kemahiran iaitu kemahiran proses sains dan manipulatif. 
    Apakah yang dimaksudkan dengan SAINS itu sendiri? 
    Jawapan mengenai Sains mungkin berbeza-beza ia mungkin boleh jadi satu cara mengetahui alam, boleh jadi satu bidang ilmu tentang alam juga bidang kajian alam. Pendapat yang berbeza melalui kata kunci yang sama iaitu alam terjadi kerana perspektif manusia itu berlainan anatara satu dan yang lain.

    Lihat sahaja situasi di atas apabila guru menyuruh melihat luar jendela, ada pelajar melihat ke tanah, ada yang mendongak ke langit walaupun melalui jendela yang sama.

    Kemahiran Proses Sains.

    1) memerhati
    • Proses mengumpul maklumat tentang objek melibatkan sebahagian atau semua deria.
    • cth: daun pokok itu bewarna kuning.
    2) mengelas
    • proses memerhati dan mengenalpasti perbezaan dan persamaan.
    • cth: daun pokok yang bersaiz besar lebih banyak bewarna kuning bebanding daun kecil.
    3) mengukur dan menggunakan nombor
    • kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai.
    • cth:menyukat bacaan termometer yang direndam dalam air panas.
    4) membuat inferens.
    • Kemahiran membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa  bedasarkan pemerhatian, logik dan pengalaman awal.
    • cth: daun pokok itu kuning kerana tidak cukup air.
    5) meramal
    • kemahiran menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku/
    • cth; pokok itu akan mati jika tidak cukup air.
    6) berkomunikasi
    • kemahiran merujuk kepada menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat dalam pelbagai bentuk.
    7) menggunakan perhubungan ruang dan masa
    • kebolehan memperihalkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
    • cth: dalam masa sejam sebuah kereta boleh dipandu sejauh 80Km dengan halaju sekata.
    8) mentafsir maklumat
    • kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
    • cth: jika lebih besar Q, lebih panjang O
    9) mendefinasi secara operasi
    • memberitahu apa yang perlu dibuat setiap langkah.
    • cth: mengukur jarak mengufuk pancutan air.
    10) mengawal pembolehubah
    • satu faktor keadaan atau hubungan yang boleh diubah.
    11) membuat hipotesis
    • menghasilkan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasarkan inferens
    • cth: semakin tinggi tekanan semakin jauh jarak mengufuk pancutan air.
    12) mengeksperimen
    • kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis, merupakan kemahiran proses sains peringkat tinggi.

    "Sekolah kasih adalah sekolah yang datang dari nurani bersih"
                                                                     -Tunggu Teduh Dulu-
                                                                     -Faisal Tehrani-

        



    Menuai hasil pembelajaran

    Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang .

    "Jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal."

    Sebelum sesi pengajaran dimulai, setiap guru harus mempunyai matlamat (goal) dan objektif untuk dicapai. Tahukah anda apakah perbezaan antara matlamat dan objektif?

    Objektif: sesuatu yang ingin dicapai dalam jangka pendek.

    Contoh: seorang guru ingin pelajarnya memahami isi kandungan yang diajarnya pada hari tersebut. Jika guru tersebut mengajar tentang hukum newton, objektif guru tersebut adaalah supaya pelajarnya boleh menakrifkan hokum newton tersebut dan aplikasinya dalam kehidupan sebenar.
    Matlamat: sesuatu yang ingin dicapai dalam jangka panjang.
    Contoh: Jangka panjang adalah mengenai masa depan oleh ia mungkin megenai kehidupan masa depan pelajar mereka yang berkaitan kerjaya. Kerana masalah utama pelajar setelah tamat belajar adalah kerjaya.

    Objektif pembelajaran adalah lebih am daripada hasil pembelajaran.  Hasil pembelajaran adalah satu penyataan yang menjelaskan apa yang pelajar tahu, pengetahuan, sikap, kemahiran dan nilai. Terdapat tiga domain hasil pembelajaran: kognitif, afektif, psikomotor.

    Komponen Hasil Pembelajaran.
    1) Frasa merujuk kumpulan sasaran.
    2) Kata kerja aktif
    3) Objek bagi kata kerja
    4) Konteks atau keadaan
    5) Standard atau kriteria.

    contoh situasi hasil pembelajaran.
    Setelah berakhirnya sesi pembelajaran, pelajar boleh mengukur arus dengan menggunakan ammeter pada bacaan dua titik perpuluhan.

    "the universe is abundance, get what you want"

    PERSOALAN.

    Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..

    Hidup sememangnya penuh persoalan..tapi jangan pernah menyerah..

    Pembelajaran hari ini menekankan aspek persoalan iaitu Teknik KWHL...
    tahukah anda apa itu KWHL?
    KWHL merujuk kepada...
    1.      What you know?
    2.      What you want to know?
    3.      How to find out?
    4.      What you learned?
    Setelah pembicangan dan pembentangan dibuat elemen pendidikan yang merangkumi aspek pengajaran, pembelajaran, teknologi, instruksi dan penaksiran akhirnya dapat dianalisa dalam bentuk what you learned?

    Pendidikan adalah proses pelajar mempelajari sesuatu, ia boleh berlaku dalam tiga kaedah  iaitu secara formal, informal dan nonformal. Pendidikan formal adalah satu kaedah pendidikan yang terancang diperoleh secara langsung melalui institusi pendidikan. Pendidikan informal ialah pembelajaran secara tidak langsung yang diterima tanpa berasaskan sukatan pelajaran. Pendidikan nonformal pula proses pembelajaran yang diperoleh melalui aktiviti kelab, persatuan dan sebagainya. 

    Pendidikan merangkumi pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran adalah proses menyampaikan ilmu yang memerlukan guru dan pelajar atau audiens. Pengajaran bukan hanya melibatkan guru tetapi dalam skop pendidikan di sekolah guru diperlukan unruk berlakunya sesi pengajaran dalam kelas. Pembelajaran adalah menerima dan membina ilmu melalui kemahiran,sikap, kreativiti dan sebagainya.

    Dunia teknologi tanpa sempadan turut menginovasikan dunia pendidikan apabila teknologi digunakan sebagai satu sumber untuk memudahkan proses pembelajaran. Teknologi bukan sahaja alat tetapi juga idea yang membantu proses pendidikan. Instruksi adalah pemudah cara sama ada melalui guru atau medium lain. proses pengumpulan data tentang apa yang pelajar tahu dan mampu lakukan dipanggil penaksiran. Penaksiran boleh dilakukan antara guru dan pelajar atau pelajar dengan pelajar untuk satu pendidikan yang lebih baik.

    "guru adalah jurutera manusia yang membina muzium kebaikan"




    KAEDAH PENGAJARAN.

    Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

    Adakah seorang guru perlu mengajar subjek yang perlu diajar atau mengajar pelajar?

    MODEL PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME.

    Premis asas.

    • Pelajar membina, meruntuh (deconstruct), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri.
    • Membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran.
    • Pembelajaran berlaku apabila pelajar menstrutur emula idea sedia ada mereka dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.

    Prinsip.
    • Pembelajaran ialah proses yang berterusan dan aktif.
    • Pembelajaran melibatkan aktiviti mental dan juga sosial.
    • Pembelajaran melibatkan bahasa.
    • Pembelajaran perlu ada konteks.
    • Pelajar memerlukan pengetahuan untuk belajar.
    • Pembelajaran memerlukan masa yang mencukupi.
    • Metakognis (kesedaran dan kebolehan mengawal)

    Model 4 Fasa.

    Permulaan / cungkil idea.

    1. Buat perkaitan dengan pengalaman pelajar.
    2. cungkil idea pelajar.

      Struktur / struktur semula idea.

      1. Aktiviti meneroka.
      2. Hands-on, minds-on, hearts-on.
      3. Penaksiran

        Aplikasi idea.

        1. Aktiviti penggayaan.
        2. Penyelesaian masalah.
        3. Penaksiran.

          Refleksi / Penutup

          1. Membanding pengetahuan baru dengan idea lama.
          2. Membuat kesimpulan.
          3. Penaksiran.

            Apakah maksud model?
            Model ialah perwakilan struktur yang meringkaskan apa yang kompleks.

            "Hidup siapakah yang tulen, yang tiada model untuk ditiru?"
                                                                   - Perempuan Politikus Melayu.-
                                                                   -Faisal Tehrani-







            PENAKSIRAN (ASSESSMENT)

            Secara umumnya apabila diajukan apa itu penaksiran? Ramai sekali yang menjawab penilaian, tetapi dari konteks seorang guru,penaksiran adalah....


            • Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan lakukan.
            Langkah yang boleh diambil oleh seorang guru untuk membuat penaksiran adalah melalui beberapa kaedah iaitu...


            • Bertanya soalan.
            • kuiz
            • mengumpul data
            • memberi tugasan dan lain-lain.

            IMAGINE...

            ASSESING STUDENT NEEDS

            Content:
            1) How is life without energy?


            .....living in the dark, unable to keep warm, turn on a light or boil a kettle



            ...life would be stuck because there nothing to do as we really depend on energy to do work. This is a massive problem, one that destroys lives. without energy people's ability to earn a living is also severely affected.


            2) How does energy shortage affect our life

            Without electricity there is no access to radios, computers or the internet, this means no access to vital information such as radio programmes about farming techniques, flood warnings or local news.
            Lack of energy means people struggle to start a simple business like; sewing, welding, or battery recharging which could be their way permanently out of poverty. so human cannot survive  in this world as now everything need energy to work.


            3) What do you know about nuclear energy? Can it be the dominant energy source in Malaysia? justify your answer.


            Nuclear energy originates from the splitting of uranium atoms in a process called fission. At the power plant, the fission process is used to generate heat for producing steam, which is used by a turbine to generate electricity.

            In my opinion it can't be the dominant energy source in Malaysia because there are a lot of energy that we can develop in Malaysia. It also can be dangerous if disaster happen and leakage of nuclear happen.

            Utusan Malaysia Online - Rencana

            Utusan Malaysia Online - Rencana
            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...