PROBLEM BASED LEARNING (PBL)


Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) adalah satu strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar di mana pelajar bersama-sama menyelesaikan masalah.  Dalam kelas PBL pelajar akan didedahkan dengan masalah yang realistik melalui satu objektik dan malamat yang rigid.  Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menyelasaikan masalah disamping tunjuk ajar daripada guru. Sepanjang proses tersebut pelajar mempelajari kemahiran berkumpulan, teknik menyelesaikan masalah, teknik menyiasat dan mula berfikir seperti pakar dalam bidang tertentu. Cara pembelajaran ini tidak bergantung kepada guru, kerja sekolah atau latihan untuk membuatkan pelajar memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah, tetapi guru guru membantu pelajar apabila pelajar memerlukan bantuan. Dalam kata lain guru hanya sebagai fasilitator kepada pelajar berbeza dengan peranan guru dalam kelas tradisional di mana guru adalah mengajar sepenuhnya. Melalui proses ini pelajar akan lebih teransang untuk menyelesaikan masalah kerana tanggungjawab mereka kepada kumpulan yang disertai melalui sokongan daripada guru itu sendiri.

  • memberi masalah : masalah boleh diberi dengan pelbagi cara seperti melalui teks atau aktiviti provokasi untuk menarik minat pelajar.
  • perbincangan kumpulan : pelajar membaca teks dalam kumpulan mereka dan memulakan perbincangan. mereka mengenalpasti pengetahuan sedia ada mereka yang boleh membantu mereka menyelsaikan masalah. mereka perlu mengelpasti apa yang mereka perlu belajar untuk menyelesaikan masalah yang telah diberikan.
  • peranan pelajar : ahli kumpulan membahagikan tugas untuk melicinkan proses perbincanagn. antara peranan pelajar termasuklah penjaga masa, pencatat, instruktor, menjawab soalan dan memutuskan keputusanyang tepat dari perbincangan.
  • menyelesaikan masalah : pelajar bekerjasama menyudahkan tugasan dan menjawab soalan. pada fasa ini pelajar boleh menghantar atau membentangkan produk yang telah siap untuk dihantar kepada guru atau dibentangkan hasil pencarian mereka kepada kelas. 
guru boleh menggunakan jadual FILA untuk pelajar menyelesaikan masalah mereka. Melalui kaedah ini pelajar boleh menyelesaikan masalah dengan lebih tersusun dan boleh mencari penyelesaian yang tepat dengan maslah yang ingin diselesaika.

JADUAL FILA


we cant't  solve problem by using the same kind of thinking
we used when we created   them
-albert eistein-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...