si miskin yang memberi

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Bermusafirlah untuk melihat kehebatan ciptaan Tuhan dan hakikat sebuah kehidupan....

satu hari di kl....jalan masjid jamek...aku melihat seorang ibu yang masih muda bersama dua orang anaknya duduk di pinggir jalan mengemis untuk sebuah kehidupan mungkin 3 kehidupan......melihat dan hanya melihat kerana mengemis adalah fenomena, pemandangan yang biasa dilihat dimana-mana (tiada rasa untuk memberi kerana pendapatku dia masih kuat untuk bekerja).....aku terus melihat-lihat barangan,mencari yang berkenan tetapi tiada...membuat keputusan untuk beredar dari situ dan ke tempat lain....aku melalui jalan yang sama dan ibu muda dan anaknya masih di situ, pandangan ku tidak menyoroti ibu muda tersebut....tetapi terarah pada seorang tua yang berpakaian lusuh menyandang beg lusuh.....terdetik dihati.....kesian.......

rupa-rupanya diriku yang lebih kesian, pandanganku tidak lepas dari orang tua tersebut...hanya melihat dan mungkin simpati (fitrah manusia)......tetapi orang tua tersebut menyentak hati nuraniku, menjelaskan penglihatanku, membetulkan persepsiku ,membuat aku berfikir dan hakikat kehidupan bukan hanya pada kadar penglihatan yang nampak....

"ORANG TUA TERSEBUT MENGHULURKAN DUIT  UNTUK IBU MUDA TERSEBUT!!!!"

Ya Allah aku yang berpakaian elok ini masih saja berfikir untuk memberi.....tetapi dia Ya Allah....aku masih ingat senyuman pada wajah ibu muda tersebut, bukan nilai yang diminta mungkin juga bukan secebis simpati tapi perhatian masyarakat pada mereka yang tidak mampu...mungkin ada yang berkata dia masih mampu untuk bekerja (aku sendiri), dia masih muda.....cuba kita melihat dari sisi lain....ya dari sisi lain kerana kehidupan itu berbeza.....dimana ibu tersebut ingin meninggalkan anaknya.....KOS YANG PERLU DIBIAYAI..segala-galanya yang tidak mahu aku ceritakan....kerana kita sentiasa tidak pernah cuba untuk memahami....hanya menghakimi.....seorang tua dan miskin yang memberi....

aku meneruskan jalan-jalanku pada hari tersebut mencari apa yang dicari, terlupa sebentar tentang yang dilihat..dipendekkan cerita...usailah jalan-jalanku.....semasa ingin menuju ke puduraya (sekarang pudu sentral lebih suka menggunakan puduraya) sekumpulan pelajar  sedang meminta tandatangan bagi projek tahun akhir mereka...aku turut sama terkena....sekadar tulis nama erm tiada masalah rasanya...tetapi akhirnya ternyata ia projek yang meminta kita membeli barang pada harga yang tidak munasabah...aku menolak tetapi setelah didesak aku membayar RM10 untuk keychain arnab beharga RM3 mungkin. aku agak terkebelakang dari rakan-rakanku semasa ia tejadi..jadi aku membayar sahaja kerna takut ditinggalkan....

rasa menyesal menyelinap, tetapi ia membuat aku lebih berfikir apa yang Allah ingin nyatakan....peristiwa ibu muda dan si miskin (tidak merayu dan mendesak tetapi lebih memerlukan) berlaku permulaan jalan-jalanku dan diakhiri dengan pemberian duit untuk orang yang tidak begitu memerlukan.... antara memberi,ikhlas dan kehidupan....

sepanjang perjalanan pulang jiwaku betul-betul berfikir antara dua peristiwa yang terjadi....ada ibrah yang perlu diambil;-

1) berniatlah sebelum bermusafir, semoga ada iktibar di akhir perjalanan
2) memberilah kerana kita dalam tanggungan Allah
3) jangan cepat menghakimi tetapi nilailah takut jatuh dalam fitnah
4) lihatlah yang di bawah dan bersyukurlah.....
5) pandanglah hidup dengan mata hati

Kalau kurang pada rupa jangan kurang pada budi. "
"Kalau kita tidak mencari sesuatu,kita tidak dapat menemui sesuatu.  "


THIS IS AWESOME

Ramadan CD: 30 Duas for 30 Days by Human Appeal Int

MISKONSEPSI

 Dengan Nama ALLAH yang Maha Penyang lagi Maha Pemurah

Setelah menjawab soalan di sini dan mengetahui jawapannya di sini tentu anda tertanya-tanya apakah ia sebenarnya . keadaan ini disebut miskonsepsi dalam sains . Miskonsepsi adalah  kefahaman / tanggapan / kepercayaan yang berbeza daripada kefahaman sains yang diterima pakai pada satu-satu masa ( yang membawa maksud satu kesalahan). tetapi harus diingat bukan semua idea atau kefahaman yang salah merupakan miskonsepsi. Terdapat beberapa ciri miskonsepsi :-


  1. Dipegang dengan kukuh dan ia sukar dibetulkan.
  2. Kebiasaannya terhasil daripada pengalaman harian.
  3. Menunjukkan kurang kefahaman berbanding kurang pengetahuan kerana faham dan tahu itu dua perkara yang amat berbeza seperti percaya dan yakin.
Miskonsepsi adalah lebih daripada satu kesilapan kecil kerana kesilapan kecil merupakan kesalahan luaran yang biasanya lebih mudah untuk diperbetulkan. Kesilapan kecil terhasil daripada kurangnya daya ingatan, kepenatan mental atau kurangnya pengetahuan. Contoh miskonsepsi tabii sains dan saintis:-


  1. mempercayai bahawa teori saintifik tidak boleh dipertikai dan sentiasa benar, walhal pengetahuan sains adalah terbuka kerana sesuatu teori tu masih boleh dikaji dan diperbetulkan serta boleh mewujudkan penambaikan.
  2. mempercayai bahawa pengetahuan saintifik dijana melalui eksperimen dan pengumpulan data sahaja, sebaliknya banyak idea merupakan penerangan kreatif sesuatu fenomena.
  3. mempercayai bahawa saintis membuat keputusan bersendirian sahaja tetapi kebanyakan keputusan yang diambil melibatkan faktor etika, sosial, ekonomi dan sebagainya.


note: video ini boleh menarik minat pelajar untuk belajar fizik kerana ia melibatkan penggunaan animasi, oleh itu pengajaran guru dilihat lain dari yang lain dan juga tidak membosankan dengan tidak menumpukan kepada papan putih dan kapur sahaja.

Pada halwa telinga moga ia meresap ke hati...

untuk hari-hari yang menyukarkan....untuk jiwa-jiwa yang gelisah..untuk sebuah kehidupan yang terasa sungguh sempit...untuk sebuah salah faham yang menyesakkan...untuk sekeping hati yang kotor....untuk kematian yang semakin hampir..untuk persediaan yang sungguh kurang...dan untuk sebuah pengharapan yang tiada kesudahan..yakinlah ALLAH sentiasa ada.......Ya ALLAH dengan asma'Mu bantulah kami di dunia dan akhirat....listen this...it's calming.....




Buat Hati

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Mencintai ALLAH, bermakrifat kepada-Nya, selalu berzikir kepada-Nya, mencari ketenangan dengan-Nya, menenangkan hati di sisi-Nya, takut, berharap dan bertawakal hanya kepada- Nya dengan keyakinan bahawa Dialah yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba, adalah syurga dunia dan nikmat yang tidak boleh disamakan dengan nikmat lain. Itulalah kesenangan hidup bagi mereka yang mencintai ALLAH



Wahai orang yang matanya selalu digenangi air mata, hentikan aliran  air mata itu dan berikan ketenangan kepada kedua bola matamu itu. Tenanglah kerana anda berhak mendapat perlindungan dari YANG MAHA MENCIPTA dan pemeliharaan dari kebijaksanaan-Nya. Tenanglah qadha sudah selesai, kebijaksanaan sudah dirumuskan, rintangan sudah boleh dihilangkan, otot-otot kekuatan sudah kembali segar dan pahala sudah ditetapkan bagi yang terus BERUSAHA.............

SEMUA SALAH

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Boleh teka apa jawapannya?
kerana tajuk jawapan untuk entri ni semua salah jadi jawapan untuk soalan yang telah saya postkan semuanya salah.... bagaimana dengan jawapan anda?????????? jika jawapan anda semuanya betul TAHNIAH......(maksudnya anda telah menjawab salah untuk soalan tersebut)

nak tahu kenapa semuanya salah??????????


  1. Kita sentiasa merasakan bahawa haba itu bersifat panas sahaja. tetapi haba adalah tenaga yang dipindahkan sama ada dalam keadaan panas atau sejuk. Haba sama sekali tidak boleh dikandung oleh sesuatu objek kerana haba mempunyai tenaga kinetik iaitu yang bersifat berpindah. Bagaimana ia berpindah? contoh, apabila kita memanaskan hadapan satu rod besi kita akan turut merasa panas pada bahagian yang kta pegang...kenapa??????????? kerana telah berlaku perpindahan haba.....apa yang membuat haba berpindah????? Molekul (molekul tidak berpindah) yang menyebabkan haba berpindah  tetapi  melalui pelanggaran antara zarah-zarah lain. 
  2. Objek jatuh bebas hanya mempunyai daya graviti sahaja, oleh itu ia akan jatuh pada kadar masa yang sama walaupun mempunyai berat yang berbeza.
  3. Secara logiknya adakah hanya objek yang ringan sahaja yang terapung????????? jadi bagaimana dengan kapal-kapal yang berlayar di lautan yang bersaiz besar boleh terapung juga? adakah kapal tersebut ringan? batu yang bersaiz kecil juga boleh tenggelam. bagaimana hal ini boleh dijelaskan? tenggelanm atau terapung sesuatu objek adalah bergantung kepada ketumpatan objek tersebut. walaupun objek tersebut ringan atau berat ia masih boleh tenggelam atau terapung.
  4. Penerang untuk soalan 4 sama dengan soalan 3.
  5. Objek tersebut tidak akan terus bergerak ke atas tetapi akan jatuh ke bawah kerana tarikan graviti. tiada daya yang bertindak semasa objek naik ke atas tetapi ia berlaku kerana kecenderungan objek untuk bergerak dengan kadar yang sangat cepat. Daya graviti adalah tarikan dua objek yang berjisim. dalam situasi ini dua objek yang berjisim adalah objek dan bumi. tarikan bumi adalah lebih besar berbanding dengan objek-objek lain seperti udara dan alatan-latan lain yang tarikannya sangat kecil. Hal ini menyebabkan objek jatuh ke bawah kerana tarikan dengan bumi. Sebenarnya kita sedang terendam dalam udara, tetapi kenapa kita tidak terapung? kerana daya bersih lebih besar dari daya apungan.
"bukankah ALLAH itu hebat dengan menciptakan sesuatu sesuai dengan tempatnya"
"siapakah kita untuk tidak menurut perintah ALLAH?"



ANTARA BETUL DAN SALAH

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Mha Penyayang

Sebelum anda scroll down cuba jawab soalan ini. Ujilah pengetahuan anda************tentu ia amat menyeronokkan untuk mengetahui apakah selama ini kita mengalami salah tanggapan tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kita....kita mengetahuinya tanpa memahami konsep yang sebenar. Oleh itu, cubalah dan anda pasti akan tersenyum.......


  1. Hotter objects contain more heat than colder object?
  2. Heavier objects always fall faster than lighter objects?
  3. light objects float while heavy objects sink?
  4. Objects float because there's air in them?
  5. An object that is thrown upwards continue to move upward?
curious????????????

***jawapan ada di entri yang bertajuk semua salah**********

"orang yang tidak pernah gagal adalah orang yang tidak pernah mahu mencuba"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...