MISKONSEPSI

 Dengan Nama ALLAH yang Maha Penyang lagi Maha Pemurah

Setelah menjawab soalan di sini dan mengetahui jawapannya di sini tentu anda tertanya-tanya apakah ia sebenarnya . keadaan ini disebut miskonsepsi dalam sains . Miskonsepsi adalah  kefahaman / tanggapan / kepercayaan yang berbeza daripada kefahaman sains yang diterima pakai pada satu-satu masa ( yang membawa maksud satu kesalahan). tetapi harus diingat bukan semua idea atau kefahaman yang salah merupakan miskonsepsi. Terdapat beberapa ciri miskonsepsi :-


  1. Dipegang dengan kukuh dan ia sukar dibetulkan.
  2. Kebiasaannya terhasil daripada pengalaman harian.
  3. Menunjukkan kurang kefahaman berbanding kurang pengetahuan kerana faham dan tahu itu dua perkara yang amat berbeza seperti percaya dan yakin.
Miskonsepsi adalah lebih daripada satu kesilapan kecil kerana kesilapan kecil merupakan kesalahan luaran yang biasanya lebih mudah untuk diperbetulkan. Kesilapan kecil terhasil daripada kurangnya daya ingatan, kepenatan mental atau kurangnya pengetahuan. Contoh miskonsepsi tabii sains dan saintis:-


  1. mempercayai bahawa teori saintifik tidak boleh dipertikai dan sentiasa benar, walhal pengetahuan sains adalah terbuka kerana sesuatu teori tu masih boleh dikaji dan diperbetulkan serta boleh mewujudkan penambaikan.
  2. mempercayai bahawa pengetahuan saintifik dijana melalui eksperimen dan pengumpulan data sahaja, sebaliknya banyak idea merupakan penerangan kreatif sesuatu fenomena.
  3. mempercayai bahawa saintis membuat keputusan bersendirian sahaja tetapi kebanyakan keputusan yang diambil melibatkan faktor etika, sosial, ekonomi dan sebagainya.


note: video ini boleh menarik minat pelajar untuk belajar fizik kerana ia melibatkan penggunaan animasi, oleh itu pengajaran guru dilihat lain dari yang lain dan juga tidak membosankan dengan tidak menumpukan kepada papan putih dan kapur sahaja.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...