kemahiran mikropengajaran




Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi MAha Penyayang.....


Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang diintegrasi dan
dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan.
Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada beberapa kemahiran yang lebih asas yang dipanggil kemahiran mikropengajaran.

Untuk memulakan pengajaran guru perlu menarik perhatian pelajar dengan menunjukkan interaksi yang baik agar boleh menimbulkan motivasi pelajar. guru boleh memulakan pengajaran dengan bercerita untuk menimbulkan motivasi pelajar. di permulaan pelajar guru perlu menstruktur p&p dengan mencungkil idea melalui soal jawab, perbincangan,demostrasi, peristiwa bercanggah, penggunaan kartun dan peta konsep

*****kartun konsep***** adalah gambaran visual yang menunjukkan peristiwa bercanggah dalam kehidupan seharia.*******guru boleh mrngosongkan dialog kartun dan menyuruh pelajar mengisinya untuk mengetahui idea pelajar.
*****peta konsep***** adalah gambaran visual yang mengaitkan sesuatu konsep.****anak panah menunjukkan perkaitan dan ia memerlukan pengetahuan yang mendalam untuk membuat peta konsep.

Dalam slot menyoal, guru perlu megajukan soalan mengikut kebolehan pelajar tanpa ada unsur retorik. dalam tempoh menyoal perlu ada wait time untuk mendapat respon pelajar bergantung kepada aras soalan yang diberikan guru. guru boleh memilih pelajar untuk menjawab secara sukarela atau guru memanggil nama pelajar. setelah itu guru perlu respon kepada jawapan pelajar dengan membuat prompting (bantu ingat) iaitu memberi klu atau galakan apabila pelajar telah memberi jawapan. guru jangan terlalu cepat menerima jawapan pelajar dengan mengatakan betul dan salah. tetapi guru perlu membiarkan mereka meneroka lebih jauh jawapan yang mereka berikan .

kemahiran menerang dimulai dengan ayat pembukaan yang menerangkan isi kandungan dengan menggunakan kata penghubung. Oleh itu pelajar akan mengikut arahan guru dengan tepat sekaligus dapat membina pengetahuan dan kefahaman mereka. Ayat penutup ynag sesuai boleh menggunakan soalan untuk mentafsir apa yang telah peljar ketahui.

Semasa proses memperkukuh penggunaan bahasa lisan seperti frasa positif atau kiu lisan seperti um, ahaaa memberi keyakinan kepada pelajar untuk lebih berusaha berinteraksi dalam bilik darjah. jika jawapan pelajar memuaskan guru boleh memberi ganjaran dengan membatalkan kerja rumah atau mengadakan pembelajaran di tempat lain. pelajar akan merasa lebih dihargai apabila jawapan mereka di tulis pada papan hitam dan di ulang semula dengan menyebut nama mereka.

untuk menutup pengajaran guru perlu mencipta perasaan seronok untuk belajar agar pelajar merasa apa yang mereka pelajar adalah sesuatu yang sangat istimewa dan sukar untuk dilupakan.

Tears are FoLLowed By a smiLE, 
Fear is replaced by comForT, 
And anxieTy is overThrown by peacE .Don'T be sad >>>
Verily, with hardship, there is relief (Qur’an-94:6)"

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...