Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang .
"Jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal."
Sebelum sesi pengajaran dimulai, setiap guru harus mempunyai matlamat (goal) dan objektif untuk dicapai. Tahukah anda apakah perbezaan antara matlamat dan objektif?
Objektif: sesuatu yang ingin dicapai dalam jangka pendek.
Contoh: seorang guru ingin pelajarnya memahami isi kandungan yang diajarnya pada hari tersebut. Jika guru tersebut mengajar tentang hukum newton, objektif guru tersebut adaalah supaya pelajarnya boleh menakrifkan hokum newton tersebut dan aplikasinya dalam kehidupan sebenar.
Matlamat: sesuatu yang ingin dicapai dalam jangka panjang.
Contoh: Jangka panjang adalah mengenai masa depan oleh ia mungkin megenai kehidupan masa depan pelajar mereka yang berkaitan kerjaya. Kerana masalah utama pelajar setelah tamat belajar adalah kerjaya.
Objektif pembelajaran adalah lebih am daripada hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran adalah satu penyataan yang menjelaskan apa yang pelajar tahu, pengetahuan, sikap, kemahiran dan nilai. Terdapat tiga domain hasil pembelajaran: kognitif, afektif, psikomotor.
Komponen Hasil Pembelajaran.
1) Frasa merujuk kumpulan sasaran.
2) Kata kerja aktif
3) Objek bagi kata kerja
4) Konteks atau keadaan
5) Standard atau kriteria.
contoh situasi hasil pembelajaran.
Setelah berakhirnya sesi pembelajaran, pelajar boleh mengukur arus dengan menggunakan ammeter pada bacaan dua titik perpuluhan.
"the universe is abundance, get what you want"
0 ulasan:
Catat Ulasan