Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..
Hidup sememangnya penuh persoalan..tapi jangan pernah menyerah..
Pembelajaran hari ini menekankan aspek persoalan iaitu Teknik KWHL...
tahukah anda apa itu KWHL?
KWHL merujuk kepada...
- What you know?
- What you want to know?
- How to find out?
- What you learned?
Setelah pembicangan dan pembentangan dibuat elemen pendidikan yang merangkumi aspek pengajaran, pembelajaran, teknologi, instruksi dan penaksiran akhirnya dapat dianalisa dalam bentuk what you learned?
Pendidikan adalah proses pelajar mempelajari sesuatu, ia boleh berlaku dalam tiga kaedah iaitu secara formal, informal dan nonformal. Pendidikan formal adalah satu kaedah pendidikan yang terancang diperoleh secara langsung melalui institusi pendidikan. Pendidikan informal ialah pembelajaran secara tidak langsung yang diterima tanpa berasaskan sukatan pelajaran. Pendidikan nonformal pula proses pembelajaran yang diperoleh melalui aktiviti kelab, persatuan dan sebagainya.
Pendidikan merangkumi pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran adalah proses menyampaikan ilmu yang memerlukan guru dan pelajar atau audiens. Pengajaran bukan hanya melibatkan guru tetapi dalam skop pendidikan di sekolah guru diperlukan unruk berlakunya sesi pengajaran dalam kelas. Pembelajaran adalah menerima dan membina ilmu melalui kemahiran,sikap, kreativiti dan sebagainya.
Dunia teknologi tanpa sempadan turut menginovasikan dunia pendidikan apabila teknologi digunakan sebagai satu sumber untuk memudahkan proses pembelajaran. Teknologi bukan sahaja alat tetapi juga idea yang membantu proses pendidikan. Instruksi adalah pemudah cara sama ada melalui guru atau medium lain. proses pengumpulan data tentang apa yang pelajar tahu dan mampu lakukan dipanggil penaksiran. Penaksiran boleh dilakukan antara guru dan pelajar atau pelajar dengan pelajar untuk satu pendidikan yang lebih baik.
"guru adalah jurutera manusia yang membina muzium kebaikan"
0 ulasan:
Catat Ulasan