KAEDAH PENGAJARAN.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Adakah seorang guru perlu mengajar subjek yang perlu diajar atau mengajar pelajar?

MODEL PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME.

Premis asas.

  • Pelajar membina, meruntuh (deconstruct), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri.
  • Membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran.
  • Pembelajaran berlaku apabila pelajar menstrutur emula idea sedia ada mereka dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.

Prinsip.
  • Pembelajaran ialah proses yang berterusan dan aktif.
  • Pembelajaran melibatkan aktiviti mental dan juga sosial.
  • Pembelajaran melibatkan bahasa.
  • Pembelajaran perlu ada konteks.
  • Pelajar memerlukan pengetahuan untuk belajar.
  • Pembelajaran memerlukan masa yang mencukupi.
  • Metakognis (kesedaran dan kebolehan mengawal)

Model 4 Fasa.

Permulaan / cungkil idea.

  1. Buat perkaitan dengan pengalaman pelajar.
  2. cungkil idea pelajar.

    Struktur / struktur semula idea.

    1. Aktiviti meneroka.
    2. Hands-on, minds-on, hearts-on.
    3. Penaksiran

      Aplikasi idea.

      1. Aktiviti penggayaan.
      2. Penyelesaian masalah.
      3. Penaksiran.

        Refleksi / Penutup

        1. Membanding pengetahuan baru dengan idea lama.
        2. Membuat kesimpulan.
        3. Penaksiran.

          Apakah maksud model?
          Model ialah perwakilan struktur yang meringkaskan apa yang kompleks.

          "Hidup siapakah yang tulen, yang tiada model untuk ditiru?"
                                                                 - Perempuan Politikus Melayu.-
                                                                 -Faisal Tehrani-







          0 ulasan:

          Catat Ulasan

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...