Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive
Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari
aras r
endah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.
aras taksonomi bloom. |
1. Pengetahuan
Aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses mengingat kembali maklumat, fakta,
definisi dan sebagainya.
2. Pemahaman
Aras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran. Pada aras ini pelajar
menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.
3. Aplikasi
Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukm atau
prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang
pengetahuan dan maklumat itu, dan kemudian diaplikasikan dalam satu situasi baru.
4. Analisis
Aras kognitif yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke dalam
komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka
memahami hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan
dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah
5. Sintesis
Aras kognitif yang menghendaki pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan
mencantumkan unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang
baru.
6. Penilaian
Aras kognitig yang menghendaki pelajar melakukan penilaian, diskriminasi, memberi rasional
dan menyatakan pendapat dengan alasan-alasan tertentu.
0 ulasan:
Catat Ulasan