THIS IS AWESOME

Ramadan CD: 30 Duas for 30 Days by Human Appeal Int

MISKONSEPSI

 Dengan Nama ALLAH yang Maha Penyang lagi Maha Pemurah

Setelah menjawab soalan di sini dan mengetahui jawapannya di sini tentu anda tertanya-tanya apakah ia sebenarnya . keadaan ini disebut miskonsepsi dalam sains . Miskonsepsi adalah  kefahaman / tanggapan / kepercayaan yang berbeza daripada kefahaman sains yang diterima pakai pada satu-satu masa ( yang membawa maksud satu kesalahan). tetapi harus diingat bukan semua idea atau kefahaman yang salah merupakan miskonsepsi. Terdapat beberapa ciri miskonsepsi :-


  1. Dipegang dengan kukuh dan ia sukar dibetulkan.
  2. Kebiasaannya terhasil daripada pengalaman harian.
  3. Menunjukkan kurang kefahaman berbanding kurang pengetahuan kerana faham dan tahu itu dua perkara yang amat berbeza seperti percaya dan yakin.
Miskonsepsi adalah lebih daripada satu kesilapan kecil kerana kesilapan kecil merupakan kesalahan luaran yang biasanya lebih mudah untuk diperbetulkan. Kesilapan kecil terhasil daripada kurangnya daya ingatan, kepenatan mental atau kurangnya pengetahuan. Contoh miskonsepsi tabii sains dan saintis:-


  1. mempercayai bahawa teori saintifik tidak boleh dipertikai dan sentiasa benar, walhal pengetahuan sains adalah terbuka kerana sesuatu teori tu masih boleh dikaji dan diperbetulkan serta boleh mewujudkan penambaikan.
  2. mempercayai bahawa pengetahuan saintifik dijana melalui eksperimen dan pengumpulan data sahaja, sebaliknya banyak idea merupakan penerangan kreatif sesuatu fenomena.
  3. mempercayai bahawa saintis membuat keputusan bersendirian sahaja tetapi kebanyakan keputusan yang diambil melibatkan faktor etika, sosial, ekonomi dan sebagainya.


note: video ini boleh menarik minat pelajar untuk belajar fizik kerana ia melibatkan penggunaan animasi, oleh itu pengajaran guru dilihat lain dari yang lain dan juga tidak membosankan dengan tidak menumpukan kepada papan putih dan kapur sahaja.

Pada halwa telinga moga ia meresap ke hati...

untuk hari-hari yang menyukarkan....untuk jiwa-jiwa yang gelisah..untuk sebuah kehidupan yang terasa sungguh sempit...untuk sebuah salah faham yang menyesakkan...untuk sekeping hati yang kotor....untuk kematian yang semakin hampir..untuk persediaan yang sungguh kurang...dan untuk sebuah pengharapan yang tiada kesudahan..yakinlah ALLAH sentiasa ada.......Ya ALLAH dengan asma'Mu bantulah kami di dunia dan akhirat....listen this...it's calming.....




Buat Hati

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Mencintai ALLAH, bermakrifat kepada-Nya, selalu berzikir kepada-Nya, mencari ketenangan dengan-Nya, menenangkan hati di sisi-Nya, takut, berharap dan bertawakal hanya kepada- Nya dengan keyakinan bahawa Dialah yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba, adalah syurga dunia dan nikmat yang tidak boleh disamakan dengan nikmat lain. Itulalah kesenangan hidup bagi mereka yang mencintai ALLAH



Wahai orang yang matanya selalu digenangi air mata, hentikan aliran  air mata itu dan berikan ketenangan kepada kedua bola matamu itu. Tenanglah kerana anda berhak mendapat perlindungan dari YANG MAHA MENCIPTA dan pemeliharaan dari kebijaksanaan-Nya. Tenanglah qadha sudah selesai, kebijaksanaan sudah dirumuskan, rintangan sudah boleh dihilangkan, otot-otot kekuatan sudah kembali segar dan pahala sudah ditetapkan bagi yang terus BERUSAHA.............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...