PEMBELAJARAN KOPERATIF

Dengan Nama ALLAH yang MAha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Pembelajaran koperatif adalah pembelajaran kumpulan yang mana dibahagikan secara heteregenous iaitu pelajar mempunyai kemampuan yang berbeza. prinsip yang terdapat dalam pembelajaran koperatif ialah:-

  1. saling bergantungan secara positif (positive interdependence)
    • ia merangkumi sifat berdikari iaitu berdikari menyelesaikan satu masalah yang dipertanggunjawabkan  juga saling bergantungan untuk menyelesaikan semua masalah.
    • walaupun seseorang berdikari, tetapi kecemerlangan di capai melalui usaha bersama.
  2. individual accountability 
    • walaupun pelejar bekerjasama dalam kumpulan, tetapi mereka bertanggungjawab atas pencapaian diri sendiri keran ia juga bersifat penilaian individu.
  3. interaksi kumpulan (group interaction)
    • pelajar berkongsi maklumat dan pandangan
    • pelajar berbincan input yang diperoleh
    • pelajar yang pakar mengenai tajuknya bertanggungjawab mengajar pelajar lain
  4. kemahiran sosial (social skills)
    • sifat kepimpinan
    • kemahiran membuat keputusan
    • membina kepercayaan
    • membina komunikasi berkesan
    • menyelesaikan konflik



TEKNIK DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF

  1. TEKNIK JIGSAW
    • guru membahagikan kumpulan berdasarkan nombor yang ditetapkan dalam kumpulan ASAL setelah itu pelajar berpindah ke kumpulan PAKAR mengikut nombor yang telah ditetapkan
  2. STAD-student teams achivement divisions
    • guru mengajar 
    • guru membahagikan kumpulan secara heteregenous
    • guru membuat kuiz secara individu
    • skor pengembangan murid dicampur untuk satu kumpulan.
    • pengharggaan diberikan untuk kumpulan yang memperoleh skor yang tertinggi.
  3. GROUP INVESTIGATION
    • penyiasatan melalui masalah yang diberikan
    • interaction (memberikan  idea, berbincang)
    • interpretation (berbincang dengan lebih spesifik)
    • motivasi dalaman (penghayatan diri, kebolehfahaman dan tanggungjawab)
  4. TGT- TEAM GAMES TOURNAMENT
    • guru mengajar
    • kumpulan dibahagi secara heterogenous tetapi mengikut aras kepandaian
    • soalan dibahagi mengikut aras kemampuan kumpulan yang dibahagi
    • jika aras pengetahuan tersebut tinggi soalan yang diajukan juga mencabar.
    • setelah itu berlansungnya pertandingan
    • setelah selesai semua ahli mengikut aras kepandaian balik ke kumpulan asal yang mempunyai darjah kepandaian berbeza dan markah dihitung secara bersama.
  5. TAI-TEAMS ACCELERATED INSTRUCTION
    • kuiz secara individu 
    • bahagikan kumpulan dengan kemampuan berbeza, jantina berbeza
    • pelajar berbincang jawapan dan meminta pandangan, oleh itu pelajar yang kurang secara tidak langsung turut mendapat input.
    • setelah itu guru membuat kuiz untuk mengetahui adakah kefahaman pelajar meningkat.
    • memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat markah yang memuaskan.
Judging a person does not define who they are.........it defines WHO U R?

PROBLEM BASED LEARNING (PBL)


Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) adalah satu strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar di mana pelajar bersama-sama menyelesaikan masalah.  Dalam kelas PBL pelajar akan didedahkan dengan masalah yang realistik melalui satu objektik dan malamat yang rigid.  Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menyelasaikan masalah disamping tunjuk ajar daripada guru. Sepanjang proses tersebut pelajar mempelajari kemahiran berkumpulan, teknik menyelesaikan masalah, teknik menyiasat dan mula berfikir seperti pakar dalam bidang tertentu. Cara pembelajaran ini tidak bergantung kepada guru, kerja sekolah atau latihan untuk membuatkan pelajar memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah, tetapi guru guru membantu pelajar apabila pelajar memerlukan bantuan. Dalam kata lain guru hanya sebagai fasilitator kepada pelajar berbeza dengan peranan guru dalam kelas tradisional di mana guru adalah mengajar sepenuhnya. Melalui proses ini pelajar akan lebih teransang untuk menyelesaikan masalah kerana tanggungjawab mereka kepada kumpulan yang disertai melalui sokongan daripada guru itu sendiri.

  • memberi masalah : masalah boleh diberi dengan pelbagi cara seperti melalui teks atau aktiviti provokasi untuk menarik minat pelajar.
  • perbincangan kumpulan : pelajar membaca teks dalam kumpulan mereka dan memulakan perbincangan. mereka mengenalpasti pengetahuan sedia ada mereka yang boleh membantu mereka menyelsaikan masalah. mereka perlu mengelpasti apa yang mereka perlu belajar untuk menyelesaikan masalah yang telah diberikan.
  • peranan pelajar : ahli kumpulan membahagikan tugas untuk melicinkan proses perbincanagn. antara peranan pelajar termasuklah penjaga masa, pencatat, instruktor, menjawab soalan dan memutuskan keputusanyang tepat dari perbincangan.
  • menyelesaikan masalah : pelajar bekerjasama menyudahkan tugasan dan menjawab soalan. pada fasa ini pelajar boleh menghantar atau membentangkan produk yang telah siap untuk dihantar kepada guru atau dibentangkan hasil pencarian mereka kepada kelas. 
guru boleh menggunakan jadual FILA untuk pelajar menyelesaikan masalah mereka. Melalui kaedah ini pelajar boleh menyelesaikan masalah dengan lebih tersusun dan boleh mencari penyelesaian yang tepat dengan maslah yang ingin diselesaika.

JADUAL FILA


we cant't  solve problem by using the same kind of thinking
we used when we created   them
-albert eistein-

Asalkan Hatinya Baik? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Asalkan Hatinya Baik? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

berdoalah kerana kita hamba.

doa untuk ibu bapa:-





Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


"orang yang malas berdoa, adalah orang yang sombong"

kemahiran mikropengajaran




Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi MAha Penyayang.....


Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang diintegrasi dan
dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan.
Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada beberapa kemahiran yang lebih asas yang dipanggil kemahiran mikropengajaran.

Untuk memulakan pengajaran guru perlu menarik perhatian pelajar dengan menunjukkan interaksi yang baik agar boleh menimbulkan motivasi pelajar. guru boleh memulakan pengajaran dengan bercerita untuk menimbulkan motivasi pelajar. di permulaan pelajar guru perlu menstruktur p&p dengan mencungkil idea melalui soal jawab, perbincangan,demostrasi, peristiwa bercanggah, penggunaan kartun dan peta konsep

*****kartun konsep***** adalah gambaran visual yang menunjukkan peristiwa bercanggah dalam kehidupan seharia.*******guru boleh mrngosongkan dialog kartun dan menyuruh pelajar mengisinya untuk mengetahui idea pelajar.
*****peta konsep***** adalah gambaran visual yang mengaitkan sesuatu konsep.****anak panah menunjukkan perkaitan dan ia memerlukan pengetahuan yang mendalam untuk membuat peta konsep.

Dalam slot menyoal, guru perlu megajukan soalan mengikut kebolehan pelajar tanpa ada unsur retorik. dalam tempoh menyoal perlu ada wait time untuk mendapat respon pelajar bergantung kepada aras soalan yang diberikan guru. guru boleh memilih pelajar untuk menjawab secara sukarela atau guru memanggil nama pelajar. setelah itu guru perlu respon kepada jawapan pelajar dengan membuat prompting (bantu ingat) iaitu memberi klu atau galakan apabila pelajar telah memberi jawapan. guru jangan terlalu cepat menerima jawapan pelajar dengan mengatakan betul dan salah. tetapi guru perlu membiarkan mereka meneroka lebih jauh jawapan yang mereka berikan .

kemahiran menerang dimulai dengan ayat pembukaan yang menerangkan isi kandungan dengan menggunakan kata penghubung. Oleh itu pelajar akan mengikut arahan guru dengan tepat sekaligus dapat membina pengetahuan dan kefahaman mereka. Ayat penutup ynag sesuai boleh menggunakan soalan untuk mentafsir apa yang telah peljar ketahui.

Semasa proses memperkukuh penggunaan bahasa lisan seperti frasa positif atau kiu lisan seperti um, ahaaa memberi keyakinan kepada pelajar untuk lebih berusaha berinteraksi dalam bilik darjah. jika jawapan pelajar memuaskan guru boleh memberi ganjaran dengan membatalkan kerja rumah atau mengadakan pembelajaran di tempat lain. pelajar akan merasa lebih dihargai apabila jawapan mereka di tulis pada papan hitam dan di ulang semula dengan menyebut nama mereka.

untuk menutup pengajaran guru perlu mencipta perasaan seronok untuk belajar agar pelajar merasa apa yang mereka pelajar adalah sesuatu yang sangat istimewa dan sukar untuk dilupakan.

Tears are FoLLowed By a smiLE, 
Fear is replaced by comForT, 
And anxieTy is overThrown by peacE .Don'T be sad >>>
Verily, with hardship, there is relief (Qur’an-94:6)"

saya, media dan teknologi

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

jom menerokai pengajaran dan pembelajaran menggunakan media dan teknologi melalui PREZI.

model inkuiri

kelas tradisional.:.
  • Pembelajaran lebih berpusat kepada guru di mana guru menyampaikan maklumat sebanyak yang mungkin dan pelajar menerima dan menghafal dan menghafal.
  • Pelajar berusaha semaksimum mungkin untuk menguasai dan menghafal semua informasi yang guru berikan dan diperoleh daripada buku rujukan tanpa mengalaminya secara pratikal.
  • menghafal fakta dengan sebanyak mungkin adalah satu perkara yang paling dititikberatkan di kelas.
  • pembelajaran dibuat secara menyeluruh tanpa mengambil kira jenis kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar dan keupayaan pelajar untuk menerima pembelajaran.
  • informasi yang diterima pelajar terbatas, hanya diperoleh daripada guru dan buku-buku tanpa medium lain.
  • Pembelajaran teknologi maklumat dan komunikasi atau komputer semata-mata hanya untuk menjadikan pelajar menguasai tools-tools yang terdapat dalam setiap program komputer . Senarionya, pelajar hanya diajar menggunakan komputer tanpa diaplikasikan dalam pembelajaran lain. usaha untuk menjadikan komputer sebagai 'alat' dalam pengajaran kurang.
  • Guru menilai kefahaman pelajar hanya melalui satu kaedah iaitu bertanya soalan.
kelas yang menggunakan sistem inkuiri.

  • Jika guru menggunakan inkuiri induktif yang mana daripada sesuatu yang khusus kepada keadaan umum guru perlu memulakan pembelajaran dengan satu soalan utama tanpa menyatakan hubungkait soalan tersebut dan melalui penyiasatan pelajar akan membuat satu kesimpulan sendiri.
  • inkuari deduktif dimualai dengan satu soalan yang guru telah menyatakan persoalannya dan penyiasatan pelajar membuktikan persoalan tersebut.
  • dalam kes ini guru hanya menjadi fasilitator dan memandu pelajar untuk memahami maklumat yang pelajar ingin tahu dari pelbagai sumber.
  • pembelajaran dalam kelas banyak diwarnai denagn perbincangan sebagai kaedah untuk mencari kebenaran dan pengetahuan dari isu utama yang ditanya oleh guru.
  • pelajar diajar cara memproses informasi yang pelajar dapat.
  • pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme bermula dari apa yang pelajar tahu, apa yang pelajar ingin ketahui dan apa yang pelajar telah ketahui .
  • pelajar belajar dengan memecahkan masalah dengan menggunkan kaedah 'hands on approach'
  • pembelajaran dilakukan dengan sisitem berkumpulan dan teknologi digunkan untuk menghubungkaitkan pelajar dengan dunia luar.
  • pembelajaran teknologi informasi dan komunikasi diintegrasikan dengan subjek lain sebagi contoh, pelajar membuat brosur, poster, blog dan sebaginya.
  • banyak cara yang digunakan untuk menguji pengetahuan pelajar. aspek yang dinilai secara certmat antara lain ialah, pengetahuan, ketrampilan dan perilaku pelajar.
4 komponen utama pengajaran inkuiri adalah:-
  1. bertanya soalan
  2. menjalankan penyiasatan
  3. menjawab persoalan
  4. berkongsi keputusan kajia dengan oran lain.

    "cemerlang bukan destinasi, tapi perjalanan"
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...