Taksonomi Bloom

Benjamin Bloom (1956) dalam  Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive
Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari
aras r
endah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.                                                                                          
aras taksonomi bloom.
 




  









1. Pengetahuan
Aras kognitif yang terendah yang melibatkan  proses mengingat kembali maklumat, fakta,
definisi dan sebagainya.
2. Pemahaman
Aras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran. Pada aras ini pelajar
menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.
3. Aplikasi
Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukm atau
prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang
pengetahuan dan maklumat itu, dan kemudian diaplikasikan dalam satu situasi baru.
4. Analisis
Aras kognitif yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke dalam
komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka
memahami hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan
dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah
5. Sintesis
Aras kognitif yang menghendaki pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan
mencantumkan unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang
baru.
6. Penilaian
Aras kognitig yang menghendaki pelajar melakukan penilaian, diskriminasi, memberi rasional
dan menyatakan pendapat dengan alasan-alasan tertentu.

the world new energy....

video

do we deserve it???
i leave it to you to judge.....

setelah selesai satu seminar..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah telah selesai satu perjuangan untuk menentukan masa depan negara dalam penggunaan teknologi nuklear. Walaupun tiada keputusan muktamad diambil, tetapi hasil pedebatan dan seminar yang dianjurkan tentu ada sesuatu yang dapat dimanfaatkan dalam membina Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.amin. ermmmm********************************************************************************refleksi disepanjang seminar...catatan dari hati************************************kerana sesuatu yang ditulis melalui hati akan sampai ke hati jua. Pengalaman adalah sesuatu yang tidak dibayar walau dengan segunung emas sekalipun. Pengalaman menjadi salah seorang penggerak "Seminar Malaysia dan Nuklear" untuk kursus Penaksiran membuka minda saya sedalam-dalamnya dalam bidang nuklear. Mari saya cerita serba sedikit sepanjang perjalanan proses untuk menjayakan seminar ini:-

minggu pertama: 12/9/11-18/9/11

Kelas pertama bagi kursus Penaksiran. Kami diberitahu untuk berdebat dan menjayakan sebuah seminar tentang nuklear. Saya sangat terkejut, tentu rakan-rakan lain berperasaan sama barangkali. Hari pertama dengan sebuah tugas yang besar tentunya bagi pengarah program yang dilantik, jua kami sebagi ajk bawahan. Bertitik tolak dari hari tersebut kami bertungkus lumus mencari, mengkaji, menganalisis maklumat mengenai nuklear untuk berdebat secara sihat dan penuh ilmiah. Kumpulan saya yang terdiri daripada fatin,ayu,nadia,yana, rina, pzah, mira membuat perbincangan demi perbincangan untuk mencari baik buruknya penggunaan nuklear. Hampir setiap malam kami berkumpul untuk mencari info, habis semua laman sesawang kami terjah, mencari dan terus mencari. Daripada seorang yang tidak menghiraukan isu ini,saya, tentunya rakan-rakan lain menjadi orang yang paling sedar tentang isu ini. Minggu pertama telah melewati kami dengan hari-hari yag semakin merapatkan kami dan penuh kesedaran tentang tenaga untuk kehidupan dan tentunya minggu yang penuh dengan kesibukan.  Kata-kata ini khas buat cikguphysickiut*******************
"life is not MEASURED by the NUMBER of breaths we take but the MOMENTs that  take our breath away, we do not remember DAYS we remember the MOMENTS"

minggu kedua:-19/9/11-25/9/11

Berkumpul sambil makan kuih raya, tetapi berborak pasal nuklear. Hari-hari saya dipenuhi dengan isu nuklear, nuklear menjadi topik hangat perbualan kami sepanjang minggu ini. Bahang perdebatan sudah mula dirasai kerana tinggal satu minggu lagi untuk membuat persedia. Kumpulan saya telah memilih untuk berdebat dari sudut pandang orang awam yang menentang pembinaan tenaga nuklear.Kami membuat keputusan setelah berbincang,menganalisis, mengkaji, menumpul maklumat, mengambil iktibar dari kemalangan nuklear sebelum ini dan membuat keputusan utuh untuk berdiri di meja pembangkang. Walaupun penat dan stress tetapi kami tetap seronok melakukan kerja ini bersama. Dr.Nurul juga sentiasa mengingatkan kami agar bersedia untuk berdebat dan memilih ahli yang arif berdebat. Hidup saya waktu ini sememangnya berputar sekitar perkataan nuklear. Perjumpaan untuk ajk untuk seminar juga kerap diadakan bagi melancarkan program yang akan dijalankan. walaupun terdapat beberapa kekangan, tetapi ia dapat diatasi dengan baik hasil pengurusan yang baik.THUMBS UP buat semua pelajar AT12.*************hari ini kita belajar untuk mengurus satu seminar, esok kita mengajar untuk membentuk institusi jiwa.**************

minggu ketiga:-26/9/11-2/10/11

Bulan sembilan telah menghilangkan diri diganti dengan bulan sepuluh. Sebagai ajk tempat kami masih tidak dapat menempah tempat untuk mengadakan seminar memandangkan kertas kerja belum diluluskan. Hal ini kerana, prosedur untuk menempah tempat memerlukan kertas kerja. Alhamdulillah*******************
akhirnya Dewan Seri Tanjung boleh digunakan namun setelah itu terdapat perubahan dan program perlu dijalankan di auditorium utama. Minggu ini kami melipat gandakan usaha kerana kami sudah tidak mempunyai masa kerana kami perlu membentangkan hasil kerja kami minggu hadapan.  Saya bertanggungjawab untuk membuat video bersama dengan ayu. Saya dan Nadia ditugaskan memjawab persoalan yang diutarakan kumpulan lain, hal ini bagi mengukuhkan lagi hujah kumpulan kami. Tugasan dibahagikan sama rata. borang soal selidik diedarkan dan hasil kajian dikumpul untuk menunjukkan data yang menyokong keputusan kami untuk membangkan pembinaan jana kuasa teknologi nuklear.Orang awam yang memberi kerjasama yang baik, kawan-kawan yang menyokong, orang disekeliling yang memahami terima kasih untuk semuanya. 

minggu keempat:-3/10/11-4/10/11

DEBAT
Waktunya telah tiba pada 3/10/11 debat telah berlangsung antara pihak kerajaan dan pembangkang. Idea-idea,hujah- hujah yang diutarakan cukup menarik. Gamat kelas kami hasil dari sokongan dan tepukan tanda sokongan umtuk kerajaan dan pembangkang. Hujah yang diutarakan oleh kerajaan adalah tenaga nuklear mampu menjimatkan kos, kerana ia mampu menjana tenaga yang besar dengan kuantiti yang sedikit. Manakala pihak pembangkan lebih kepada kesan radiasi yang sememangnya tidak boleh dikawal manusia jika berlau kebocoran. Walauapapun pendebat-pendebat sangat hebat dalam melontarkan huja masing-masing.

SEMINAR
Setelah bertungkus lumus selama 3 minggu akhirnya kemuncak Project Based Learning terlaksana. Perkongsian ilmu daripada pihak agensi nuklear memberi kami satu persepsi berbeza memandangkan mereka adalah orang yang lebih arif dalam bidang ini. Walaupun sambutan yang kurang memberangsangkan tetapi banyak input yang kami perolehi daripada seminar ini. **************************************************di sebalik seminar ini selain dapat memperoleh ilmu mengenai tenaga nukelar, perkara yang amat penting adalah cara kami belajar untuk menganjurkannya, bersama mengatasi masalah dan ternyata membina hubungan yang lebih baik dengan semua pelajar AT12.**********TAHNIAH PELAJAR AT12******************************



note:
saya banyak menggunakan perkataan kami untuk refleksi ini kerana, saya berusaha bersama mereka kerana kami bersama dalam menjayakan seminar ini. Ia adalah usaha kami bersama.

"life have no rehearsals, only perfomances"

Lafazkan...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sebaik-baik zikir ialah 'La ilaha illallah' dan sebaik-baik doa ialah 'Alhamdulillah'. (H.R. Tirmidzi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...